Sebagai seseorang yang mungkin dalam golongan generasi X atau millennials anda pastinya sudah tidak asing lagi dengan perkataan ‘testosteron’. Kadar celik terhadap istilah melibatkan hormon penting dalam kehidupan lelaki kini semakin meningkat.
Namun masih ramai sebenarnya hanya tahu perkataan ‘testosteron’ tetapi tidak tahu akan petanda dan kesan yang berlaku jika hormon ini semakin menurun.
Testosteron merupakan hormon seks lelaki yang dihasilkan terutama oleh testis. Selain itu, ia juga ditemukan dalam jumlah kecil pada wanita dalam ovarium.
Testosteron membawa peranan sangat penting dalam perkembangan dan pemeliharaan karakteristik seksual lelaki serta regulasi fungsi seksual dan reproduksi. Ia juga memainkan penting peranan dalam pertumbuhan rambut, perkembangan otot, produksi sperma dan juga tahap libido.
Akan tetapi bagaimana ia mula menurun? Apakah petanda perlu kita awasi dan perhatikan?
Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan kadar testosteron rendah:
Libido Menurun
Kehilangan minat atau hasrat seksual adalah salah satu tanda utama kadar testosteron yang rendah.
Ads
Mati Pucuk
Ketidakmampuan untuk mencapai atau mempertahankan ereksi yang cukup keras untuk hubungan seksual dapat menjadi indikasi kadar testosteron yang rendah.
Kehilangan Massa Otot
Kadar testosteron yang rendah dapat menyebabkan penurunan massa otot dan kekuatan yang umumnya terkait dengan kehilangan hormon ini.
Mudah Rasa Penat
Kadar testosteron yang rendah boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mudah cepat penat yang kronik. Penurunan tenaga yang pantas serta berasa lesu berpanjangan.
Depresi atau Perubahan Mood
Perubahan suasana hati, depresi, atau kecenderungan menjadi mudah marah dapat terkait dengan kadar testosteron yang rendah.
Kehilangan Rambut
Kehilangan rambut pada tubuh atau kepala dapat menjadi tanda testosteron rendah.
Ads
Kepadatan Tulang Rendah
Testosteron juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang. Kadar testosteron yang rendah dapat meningkatkan risiko osteoporosis atau penurunan kepadatan tulang.
Penambahan Berat Badan
Testosteron membantu mengatur metabolisme tubuh. Kadar testosteron yang rendah dapat menyebabkan penambahan berat badan, khususnya peningkatan lemak di area perut
CARA TINGKATKAN TESTOSTERON
Makan Makanan Bergizi: Sertakan makanan yang kaya akan nutrisi dalam diet harian Anda. Amalkan pengambilan makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ikan, telur dan produk susu rendah lemak. Selain itu, pastikan anda mendapatkan cukup asid omega-3, vitamin D, zinc, dan magnesium dalam makanan Anda.
Lakukan Latihan Fizikal: Melakukan latihan fisik secara teratur, terutama latihan kekuatan seperti angkat beban, dapat membantu meningkatkan kadar testosteron. Latihan intensitas tinggi seperti sprint atau interval training juga bisa bermanfaat.
Ads
Tidur Teratur: Pastikan anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti setiap malam. Tak cukup tidur memang dapat pengaruhi kadar testosteron.
Kawal Stres: Stres yang kronik dapat menurunkan kadar testosteron. Coba praktikkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernapasan dalam, atau yoga untuk mengurangi stres.
Jaga Berat Badan: Masalah obesiti atau kelebihan berat badan dapat menyebabkan penurunan kadar testosteron. Usahakan untuk menjaga berat badan yang sehat melalui pola makan seimbang dan aktif secara fisik.
Pengambilan Suplemen (Hanya Dengan Syor Doktor): Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan memberikan suplemen testosteron untuk meningkatkan kadar hormon pada individu yang ada masalah kekurangan testosteron yang serius. Namun, penggunaan suplemen testosteron harus dilakukan di bawah pengawasan pakar perubatan yang tepat.
Penting juga untuk kita ingat bahawa setiap perubahan kadar testosteron harus mendapat konsultasi dengan doktor atau pakar kesihatan. Mereka akan dapat memberikan saran yang tepat berdasarkan situasi dan kebutuhan individu.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Crossfit merupakan cabang senaman yang agak popular di kalangan lelaki. Menumpukan kepada aspek stamina dan tenaga badan secara maksima, corak senaman ini memberikan kesan yang sangat efektif buat anda yang ingin membina otot dan mendapatkan fizikal tegap.
4 jenis senaman crossfit yang MASKULIN kongsi kali ini memberi tumpuan kepada hampir semua jenis otot badan seperti tangan, lengan, bahu, perut, kaki dan juga betis.
Jika anda ke gym ini 4 corak dan langkah senaman yang boleh anda cuba!
DEADLIFT
Ia akan lebih ffektif jika anda lakukan dengan pergerakan pantas. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada keseluruhan otot tubuh dan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki yang melakukan workout pasti mengimpikan badan berotot dan mantap. Jangan ingat dengan workout sahaja anda boleh miliki badan berotot seperti yang diidamkan kerana tanpa pemakanan yang sesuai, hasrat anda itu tidak akan tercapai.
Oleh itu seiringkan latihan workout anda dengan pengambilan buah-buahan secara konsisten. Ini kerana buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang boleh mempercepatkan lagi pembetukan otot badan anda. Barulah otot badan terbentuk dengan cantik dan mantap.
Berikut merupakan antara 10 jenis buah-buahan yang perlu anda amalkan seiring dengan latihan workout yang anda telah lakukan. Semoga dengan pengambilan buah-buahan ini impian miliki badan otot tercapai.
Kurma sememangnya kaya dengan protein. Memandangkan ia tidak mengandungi lemak, maka buah kurma sangat sesuai dimakan bagi anda yang ingin membentuk otot.
2. Jambu
Buah yang memiliki kandungan air yang banyak ini kaya dengan protein. Sama seperti kurma, buah jambu juga tidak mempunyai banyak lemak, selain memiliki zat pembersihan yang hebat. Sesuai dimakan setelah anda melakukan latihan membentuk otot.
3. Kiwi
Beberapa pakar dunia fitnes mengatakan, kiwi kaya dengan kandungan vitamin C yang dapat membakar lemak lebih banyak sekali gus mengubahnya menjadi otot. Jadi pastikan anda masukkan buah kiwi dalam menu anda setiap hari.
4. Plum
Plum dapat meningkatkan stamina pada tubuh dan menyihatkan peningkatan gula dalam darah. Buah ini memiliki banyak serat. Paling penting, ia dapat membantu proses pembentukan otot di dalam tubuh.
Pisang terkenal sebagai buah yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Ia mengandungi enzim penting dikenali sebagai Bromelain yang berfungsi untuk meningkatkan kadar testosteron. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pertumbuhan otot dan membentuk otot tubuh dengan baik. Jadi tidak hairanlah kita lihat ramai atlet mengamalkan pemakanan pisang ketika berolahraga.
6. Avocado
Buah avocado merupakan buah-buahan yang memiliki kandungan lemak sihat. Sememangnya buah ini sangat jarang diambil sedangkan ia membantu membentuk otot tubuh.
7. Beri Biru
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan. Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
8. Epal Merah
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas. Daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia akan dibuang terus dari sistem. Pectin, salah satu bentuk fiber yang ada di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
Buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik, kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2. Memakan buah pir dapat memberi anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.
10. Strawberi
Buah strawberi memiliki lebih daripada satu sumber antioksidan, selain mempunyai khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol. Kajian membuktikan pengambilan strawberi boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat bergema di ibu negara apabila program MASKULIN Who’s Your Bro buat julung kalinya berkolaborasi dengan komuniti larian terkenal, Challo Run, sempena KL Car Free Morning yang berlangsung setiap Ahad.
Acara Fun Run 3km dan 5km, yang diadakan pagi semalam, menyaksikan penyertaan lebih 150 peserta terdiri daripada pesserta program Who’s Your Bro dan komuniti Challo Run.
Seramai lapan peserta Who’s Your Bro turut hadir iaitu Ikmal, Hakimi, Dr Shazif, Syafiq, Asyraf, Irwan, Faidzal dan Saddam.
Selain itu acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Aedy Asyraf, Imran Aqil, Safwan Nazri, Khenobu, dan Ezzrin Loy, yang bersama-sama berlari, memeriahkan suasana, dan memberikan inspirasi kepada semua peserta.
Kolaborasi Pertama Beri Impak Positif
Ini adalah kolaborasi pertama di antara MASKULIN Who’s Your Bro dan Challo Run, tetapi kehangatan sambutan membuktikan potensi besar untuk penganjuran acara sebegini pada masa akan datang.
Bagi peserta Who’s Your Bro dan ahli Challo Run, acara ini bukan sahaja tentang larian tetapi juga peluang untuk saling mendekatkan hubungan sesama komuniti.
Hakimi Nordin, salah seorang peserta yang aktif dalam kedua-dua program ini, meluahkan keterujaannya.
“Sebagai peserta Who’s Your Bro dan juga geng Challo Run yang aktif, saya berasa cukup gembira dengan sambutan yang diterima pada pagi ini. Ini juga satu inisiatif yang baik bagi sama-sama untuk mempromosikan bukan sahaja ‘Who’s Your Bro’ tetapi gaya hidup sihat,” tambah Hakimi.
Keseronokan dan Ganjaran Peserta
Peserta yang mengambil bahagian turut menerima kupon khas yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman pagi selepas tamat larian.
MASKULIN juga memeriahkan acara dengan menyediakan goodie bag tajaan Blanco, MIS CLAIRE, dan Jantzen, serta menawarkan 10 cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.
Wakil dari Challo Run, Ezzrin Loy, turut menyatakan harapan besar daripada kerjasama ini.
“Kolaborasi kami pada hari ini untuk meraikan gaya hidup sihat.
“Kami juga ambil peluang untuk sama-sama mempromosikan program kecergasan ‘Who’s Your Bro’. Penglibatan peserta program ini juga mampu memberikan inspirasi kepada peminat dan followers yang hadir,” jelasnya yang cukup gembira dengan kejayaan kolaborasi ini.
Tidak hanya terhenti di acara ini, program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus mendapat perhatian ramai dan kini menuju episod ketujuh yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Semoga kerjasama seperti ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak program mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di masa hadapan.
Jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada MASKULIN dan Who’s Your Bro, serta kekal aktif dan sihat!
Kita bersama membina komuniti kecergasan yang inspiratif dan penuh semangat!