Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.
Urut Halus Di pipi
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.
Ads
Guna Teknik Solekan Yang Betul
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.
Ais Batu
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.
Ads
4 SENAMAN KECILKAN PIPI TEMBAN
Ads
Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan. Yelah nasi kan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Pergilah mana-mana kedai makan pasti akan menjadikan nasi sebagai menu utama.
Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan. Kita semua tahu, nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan. Namun, jika diambil berlebihan ia akan menyumbang kepada masalah kegemukan.
Sudah tu, macam mana nak kurus kalau diri sendiri tidak boleh berpisah dengan nasi? Mujurlah ada orang yang baik hati hendak kongsikan tips. Lelaki ini kongsi 10 point penting, bagaimana dengan hanya makan nasi sesenduk tapi boleh kenyang macam makan sepinggan.
Menarik bukan? Jom baca apa 10 point tersebut.
Tips Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan
Makin ramai nak jaga badan, bagus. Tapi kita orang Malaysia, makan nasi dah jadi macam salah satu rukun negara. Susah betul nak kurangkan apatah lagi tinggalkan. Mungkin tips aku ni boleh bantu.
Contohnya ayam jadi dua ketul. Pokoknya, ratio adalah 1 senduk nasi: 2 senduk sayur: 2 ketul lauk
Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan warisan budayanya yang kaya, banyak berhutang kepada reputasi globalnya melalui budaya disiplin dan pertimbangan terhadap orang lain.
Nilai-nilai ini tertanam dalam masyarakat Jepun, mempengaruhi segala aspek dari interaksi harian hingga penggubalan dasar.
MASKULIN ingin mengajak anda semua meneroka bagaimana asas budaya ini membentuk Jepun, dengan contoh-contoh yang menunjukkan kesannya.
Di Jepun, disiplin dan pertimbangan terhadap orang lain jelas kelihatan dalam kehidupan harian mereka. Sama ada dalam berbaris dengan teratur, pengurusan sisa yang teliti, atau ruang awam yang tenang, rakyat Jepun menunjukkan komitmen terhadap menghormati masa, ruang, dan keselesaan orang lain.
Malah ketika kunjungan ke Tokyo baru-baru ini sempena acara IQOS Together X Sensorium, MASKULIN turut berdepan kejutan budaya dengan beberapa aspek disiplin yang diamalkan oleh masyarakat Jepun terutamanya dalam hal lebih memikirkan keselesaan dan privasi orang lain.
Tambahan pula, sikap menghormati melalui tunduk dan amalan menjaga kesenyapan di tempat awam melambangkan etika budaya mereka yang lebih luas, mengutamakan keharmonian dan keselesaan kolektif.
Di antara aspek keselesaan yang begitu dititik beratkan oleh masyarakat Jepun ialah faktor bau dan asap yang datang dari produk tembakau yang dibakar.
Dan dari sinilah tercetusnya satu transformasinya menjadi masyarakat hampir bebas rokok. Kawasan merokok diatur dengan ketat, dan merokok di tempat awam dilarang di kebanyakan bandar.
Perubahan ini tidak berlaku sekelip mata; ia didorong oleh sikap budaya yang menekankan kesihatan awam dan mementingkan keselesaan serta menghormati hak mereka yang tidak merokok.
Premis perniagaan menyesuaikan diri dengan menawarkan bilik merokok khas atau ruang untuk pengguna produk HTP dan kempen awam menumpukan pada pendidikan berbanding penguatkuasaan.
Selain peraturan, salah satu solusi yang popular ialah beralih kepada alternatif tembakau bebas asap, seperti produk tembakau yang dipanaskan (HTP) dan tampalan nikotin.
Produk tembakau yang dipanaskan, contohnya, direka untuk mengeluarkan nikotin tanpa pembakaran, sekali gus menghapuskan asap dan mengurangkan bau secara signifikan. Inovasi ini sejajar dengan penekanan budaya Jepun untuk meminimumkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Dalam masa yang sama pengurangan asap rokok yang bahaya serta mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan punca penyakit kronik dapat dielakkan.
Dengan mengamalkan alternatif ini, perokok dapat memenuhi keperluan nikotin mereka tanpa mengganggu ruang awam atau mendedahkan bukan perokok kepada asap terpakai.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh, dan Kebajikan Jepun, kadar merokok dalam kalangan dewasa menurun daripada 32% pada tahun 2000 kepada hanya 17% pada tahun 2020 (sumber).
Penurunan ini mencerminkan kesediaan kolektif untuk menyesuaikan tabiat peribadi demi kebaikan bersama, suatu ciri utama nilai budaya Jepun.
Pada tahun 2000, kira-kira 50 peratus lelaki dan 33 peratus daripada semua orang dewasa di Jepun menghisap rokok. Sepuluh tahun kemudian, penurunan jualan rokok Jepun masih jauh di belakang negara yang setanding.
Tetapi pada tahun 2015, sesuatu berubah. Penjualan rokok mula merosot lima kali lebih cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya – selari dengan pengenalan produk HTP seperti IQOS.
Dalam temu bual ekskusif MASKULIN bersama Presiden Asia Timur, Australia & Bebas Cukai PMI, Vassilis Gkatzelis di acara IQOS Together X Sensorium , Tokyo baru-baru ini, beliau berkongsi bagaimana dalam tempoh kurang 10 tahun pengguna rokok di Japan menurun dengan mendadak.
“Berdasarkan data tahun 2014 dari kementerian kesihatan Jepun pengguna rokok di Jepun adalah 20 peratus orang dewasa. Dari data terbaru, mereka dapati pengguna dewasa yang mengambil rokok turun sebanyak 10 peratus.
“Selain Jepun kita boleh lihat New Zealand pad tahun tahun 2018 di mana kerajaan mereka galakkan perokok yang tidak boleh berhenti untuk bertukar kepada produk bebas asap.
“Sweden di Eropah juga boleh dilihat telah mencipta kisah sukses lebih kurang sama seperti Jepun dengan penurunan pengguna rokok,” tambahnya lagi.
Budaya disiplin dan pertimbangan Jepun menawarkan pengajaran berharga untuk individu dan masyarakat di seluruh dunia.
Dari berbaris dengan teratur hingga kempen bebas asap rokok yang berjaya, amalan ini menggambarkan kekuatan usaha kolektif dan rasa hormat bersama.
Mengamalkan nilai-nilai ini boleh membawa kepada bukan sahaja komuniti yang harmoni tetapi juga kemajuan yang signifikan dalam kesihatan awam dan kelestarian.
Dengan belajar daripada Jepun, kita dapat berusaha mencipta persekitaran di mana disiplin dan pertimbangan berkembang, membuka jalan untuk dunia yang lebih prihatin dan penuh hormat.
Jika Jepun mampu melakukan transformasi serta anjakan paradigma kepada sesuatu yang baik, kenapa tidak dengan Malaysia? Mungkin suatu hari nanti budaya disiplin menjaga keharmonia dan kesihatan awam ini mampu menjadikan Malaysia lebih baik dan bebas asap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila sebut pasal diet, tidak ramai lelaki yang melakukannya. Namun sebahagian lagi lelaki begitu serius soal berat dan kesihatan badan. Biasanya apabila berdiet, ramai yang akan mengurangkan makan agar berat badan turun. Namun hasilnya tidak memberangsangkan. Jika turun sekalipun hanya dalam tempoh sekejap dan kemudian kembali naik. Ini dipanggil ‘yoyo diet’. Jadi, bagaimana rahsia agar diet yang dilakukan berjaya?
Perkara perlu dihindari
Sekiranya penurunan berat badan anda cederung cepat dan mudah, jangan ingat cara diet anda itu betul. Agar tidak berlakunya kesilapan, lebih baik anda ketahui kesilapan yang selalu dilakukan ketika berdiet.
1-Berlapar
Makan banyak boleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian.Rasa lapar adalah salah satu pertanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang. Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan? Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari. Jadi, anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari; 3 kali makan normal dan 3 kali hanya makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.
2-Tidak mengambil sarapan pagi
Sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Walau apa sahaja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. Setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperoleh ketika makan sarapan pagi. Ia untuk mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.
3-Tidak makan malam
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar tinggi. Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki semua sel-sel tubuh yang rosak.Oleh itu, pastikan pengambilan protein mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur.Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein yang lebih lambat.
Temui 10 kasut larian daily running terbaik 2025 pilihan MASKULIN – daripada ASICS Novablast 5 hingga Adidas EVO SL, dengan cushioning mewah, respons pantas dan gaya moden untuk setiap pelari.