Bukan mudah kita nak bina otot jika ia tidak disertakan dengan senaman yang konsisten dan pemakanan yang seimbang.
Agar impian mendapatkan badan yang diingini tercapai, anda tidak boleh culas melakukan senaman secara rutin setiap hari.
Jika konsisten, tak mustahil anda boleh bina otot sebagainya yang anda inginkan.
Untuk mantapkan otot dan bakar lemak dengan cepat, ini ada lima jenis senaman yang boleh anda jadikan amalan.
1. Burpees (Bodyweight / Weighted)
Ads
Burpees merupakan senaman yang mencabar kekuatan seluruh badan. Ia juga memberi kelebihan untuk ketahanan otot dan jantung. Bagi anda yang ingin membina stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, senaman ini sememangnya sesuai kerana ia sangat mujarab.
2. Lunges (Bodyweight / Weighted)
Senaman ini sangat efektif dalam melatih kekuatan dan bina otot kaki dan membakar lemak dengan cepat. Bukan itu sahaja, stamina badan anda juga akan meningkat kerana lunges bukan sekadar senaman untuk orang membina badan, sebaliknya ia merupakan senaman untuk memberi kecergasan.
Ads
3. Push Up (Bodyweight / Weighted)
Senaman push up sememangnya senaman yang sangat popular. Dengan mengamalkan push up, badan anda akan lebih berotot, kuat dan nampak bergaya. Ia menggunakan keseluruhan badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
4. Dip (Bodyweight / Weighted)
Ads
Jika anda lemah dalam bench press, cuba lakukan senaman dip dalam masa beberapa minggu. Percayalah, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman ini juga adalah senaman yang sangat versatil kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah, pejabat, gym ataupun taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan senaman bench press.
Kalau anda perlu memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran otot belakang anda. Percayalah dengan melakukan senaman chin up, anda boleh mendapatkan otot belakang yang kembang seperti kepak. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlukan bergayut pada satu palang sahaja untuk mendapatkan otot belakang yang mantap.
SERAMAI 17,500 peserta bakal menyertai larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017 sejauh 28.3 kilometer (km) anjuran IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad yang melibatkan dua lebuh raya yang dianjurkan syarikat konsesi Besraya (M) Sdn Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) dan EC Pixels.
Besraya Highway Challenge bakal menguji peserta menempuh cabaran menyusuri lebuh raya Besraya sepanjang 13km dan 6km pada 30 Julai 2017 sementara NPE Highway Challenge menawarkan jarak larian separuh maraton sepanjang 21 km dan 10km pada 10 September 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon berkata, laluan lebuh raya ini merangkumi 28.3 km di mana ia menghubungkan kawasan Salak Selatan, Jalan Ampang dan Jalan Istana.
“Larian bermula di Plaza Tol Loke Yew ke Pandan Indah melalui Jalan Istana dan Salak Selatan sebelum berpatah balik ke Plaza Tol Loke Yew.
“Bagi acara kedua pula, ia akan bermula di KM2.4 Lebuh raya NPE berhadapan Sunway Pyramid. Lebuh raya ini akan ditutup sepenuhnya seperti yang telah dilakukan pada 4 empat acara larian antarabangsa yang pernah dianjurkan di sini (2007, 2011, 2012 dan 2013) di mana ia berjaya menarik penyertaan seramai 14,000 peserta.
“Untuk penganjuran kali ini, Lebuh raya NPE memperkenalkan laluan larian baharu sehingga ke Taman Desa dan acara ini juga akan melibatkan tiga daerah di bawah seliaan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu DBKL, MBPJ dan MPSJ,” jelasnya yang memaklumkan lebuh raya yang terbabit dengan larian ini akan ditutup semasa larian.
Heng Choon turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama semua pihak dalam usaha menjayakan larian ini yang bertujuan menggalakkan cara hidup sihat dengan aktiviti larian.
“Kami sangat teruja dengan penganjuran acara ini yang bakal memberi peluang buat peserta merasai sendiri berlari di dua lebuh raya ini yang juga di bawah pengawasan divisyen tol IJM.
“Kami berganding bahu bersama pihak berkuasa bagi memastikan lebuh raya ditutup sepenuhnya demi keselesaan dan keselamatan peserta kerana ianya adalah keutamaan kami.
“Acara sukan menjadi nadi utama dalam program tanggungjawab sosial IJM. Selain menjadi penaja, IJM turut mengamalkan pendekatan turun padang dan melibatkan diri dalam keseluruhan perancangan larian. Selain menyumbangkan semula kepada masyarakat, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat,” ujarnya.
Pemenang bagi hadiah keseluruhan iaitu peserta terpantas daripada gabungan catatan masa bagi kedua-dua acara ini bagi kategori utama (13km & 21km) akan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan paling menarik tanggungan ke salah satu acara maraton terkemuka di dunia. Setiap peserta juga akan mendapat penajaan pakaian dari Brooks.
Ada sesetengah orang makan banyak tapi badan tetap kurus. Jenuh nak gemukkan badan dan makan macam-macam tapi berat tak juga naik.
Selalunya orang cari petua untuk turunkan berat tapi untuk orang ‘keding’ yang nampak macam tak sihat, pastinya anda mencari cara untuk menggemukkan badan dengan cara mudah dan berkesan.
Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, apa kata cuba cara yang dikongsikan Siti Shairah. Mana tahu cara yang diamalkannya ini serasi dengan anda sekali gus membuatkan berat badan anda lebih ideal.
BEFORE START? Berat: 48.5kg Tinggi: 165cm Problem with food: Taksuka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang. My concern: BMI underweight cause I tinggi.
So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc & I decide to make timetable, easy tips with target. Doin this just to try & lets see the result! Target: 58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yang menaikkan berat adalah yang makanan yang I senarai di atas yang I tak suka? But I need to do somthing, cause I’m underweight! So I start the next day!
Pagi & malam wajib minum susu at least 1 gelas (sbb tak suka paksa juga). Full cream cause tinggi protein & kibo. Berbeza dengan low fat & yang ada flavour macam choc. I minum brand Dutch Lady.
Makan vit C 1 capsules / day atau boleh skip selang 2 hari sekali. In 1 week dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu I makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tp on the day you take vit C tu, makesure minum 2/3 liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke Starbuck ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain daripada untuk skin & etc. Bole bagi selera makan. Membuak rasa, asyik nak makan je. (I need this cause I jenis tank kecik, makan sikit kenyang, selera tak kuat sangat). So perlu vit C untuk membantu selera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dah slera asyik nak kunyah jela.
Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dah telan nasi. Jap gi kunyah laa bende lain. Kopok2 ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.
Amik kekacang, soys (not suggest for women), dairy milk, & cheese. Makan banyak kali, hehe.
Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dah underweight kadang sebab cacing juga. Cuba refer doc first okay.
I’m doin this semalam genap 1 month! So nak share dengan chuols the result. Dan every week memang timbang & guna penimbang yang sama. The result memang unexpected!
BEFORE START 48.5kg
1st week 50.2kg
2nd week 51.2kg
3rd week 52.3kg
4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupon berat naik, I rasa lemak I tersekat di skala 2 iaitu di pipi & bahagian tidak sepatutnya? Tapi, I’m happy with the result!
Alhamdulillah syukur I’m not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Semoga berguna?
#SheeraShareTheTips
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam usaha untuk menurunkan berat badan setiap individu pastinya mempunyai objektif serta dorongan tersendiri. Selain ingin mengubah diri sendiri menjadi lebih sihat dan cergas inspirasi dari luaran juga boleh menjadi pencetus perubahan tersebut.
Untuk FIT JOURNEY kali ini, MASKULIN telah menemubual seorang lelaki yang mendapat inspirasi dari perjuangan ibunya melawan kanser. Ahmadsaufi Bin Saludin yang berusia 32 tahun tekad menurunkan berat badan melihatkan semangat ibu tercinta yang berjuang melawn kanser payudara.
Ikuti kisah perjalanan bagaimana Ahmadsaufi berubah menurunkan berat badannya untuk menjadi seorang yang lebih cergas dan sihat.
Bagaimana tabiat pemakanan anda sebelum ini?
Tabiat pemakanan saya memang agak kurang sihat dan sangat tidak seimbang. Tabiat pengambilan makanan secara berlebihan lebih-lebih lagi makanan yang manis serta bergoreng.
Adakah berdepan mana-mana jenis masalah kesihatan ketika berat badan dahulu?
Saya mengalami sakit lutut (arthritis) sehingga terpaksa pakai tongkat untuk berjalan selama beberapa waktu. Selain itu saya juga mengalami masalah sukar untuk tidur kerana masalah dengkut yang kuat. Satu ketika saya juga pernah mengalami Gout dengan bacaan asid urid yang tinggi.
Perasaan ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah alami tekanan perasaan atau kurang keyakinan?
Pada ketika itu saya akui saya berdepan perasaan yang sangat stres. Malah, saya juga rasa terbeban dengan berat badan yang berlebihan. Ada sampai satu tahap saya jadi kurang ada keyakinan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Perasaan untuk mencari pakaian besar agak susah. Jika ada sekali pun kosnya memang lebih mahal dari baju saiz biasa.
Dahulu apabila sudah sakit sampai bertongkat saya ingat saya sudah tak boleh aktif lagi.. Tapi sebenarnya “senaman itu menguatkan badan” . Jadi jangan takut untuk bersenam.
Pernah berdepan ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Tidak menjadi ejekan akan tetapi apabila badan kita dijadikan satu panggilan seperti gemuk, ‘bob’… Lama-kelamaannya nama asal sudah tidak ada. Dan ada juga yang suka cakap lepas dengan mengatakan “tak lama lagi penyakit sampai la”. Mereka mungkin tak sedar itu adalah ibrat satu doa untuk saya mendapat sakit. Saya memang kecewa dengan sikap segelintir orang kita.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Sebenanrya sudah bertahun-tahun lamanya saya berazam untuk turunkan berat badan. Tapi asyik tak menjadi saja. Sehinggalah satu ketika ketika saya mendapat berita tentang ibu saya yang disahkan menghidap kanser payudara. Padamasa itu ibu saya memang berasa sangat ‘down’. Tapi dia juga masih bersemangat. Saya pandang ibu dan mula bertekad untuk berubah. Ia demi demi kesihatan dan demi insan tercinta.
Sehingga kini sudah dua tahun ibu melawan kanser beliau denngan kanser tulang stage 4 dan kanser payudara. ‘Journey fat to fit’ saya selalu kongsi dengan ibu agar dia juga boleh kuatkan semangat melawan kansernya. Selain itu saya bertkead berubah kerana saya merupakan ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan isteri. Perlu kena kuat untuk menyara kehidupan mereka.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Dalam setiap perkara ingin dilakukan mestilah dengan ada ilmu. Jadi saya cuba ikuti program dengan salah seorang coach yang juga bekas pemain ragbi negara, Coach Azmir Zed. Program beliau tentang ‘30 Hari Fit Challenge’ serta ‘Warriors FitCamp’ memberi kesempatan saya untuk konsisten terus sehingga menjadi sebagai lifestyle.
Bukan buat hanya sekadar bermusim! Untuk terus tinggalkan makanan bergula dan berminyak bukanlah satu perkara mudah kerana kita nak ubah tabiat permakannan yang sudah sebati selama bertahun-tahun lamanya. Dari Coach Azmir saya belajar dan terus sertai mana-mana program lain untuk tambah ilmu.
Perkara pertama kita mesti cari ilmu dengan zaman sekarang media social semuanya di hujung jari sahaja. Jangan terus tinggalkan makanan bergula, berlemak… Buat secara perlahan-lahan tapi pastikan kena konsisten setiap bulan. Ini Kekuatan dari program “30 Hari Fit Challenge” yang mana setiap bulan saya akan cabar diri untuk buat program ini.
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Paling sukar adalah bagaimana kita hendak sentiasa konsisten dan beristiqamah melakukannya. Sebab kebanyakan kita mampu berubah tapi dalam jangka masa yang sekejap. Usaha ini yang kita nak terapkan kepada kawan-kawan untuk terus menerus menjaga pemakanan dan kesihatan bukan skadar buat di satu-satu masa sahaja. Ini adalah cara hidup kita.
Boleh share apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Selain dari program dan coach yang berkaliber, kejayaan ini datang dari semangat yang lebih kuat atas dorongan dan sokongan kawan-kawan yang sentiasa aktif cergas dan sihat. Ini kekuatan paling kuat untuk kita berjaya dalam pengurusan berat badan. Dekat dengan kawan-kawan yang sama-sama membina semangat dan motivasi. Abaikan kawan-kawan yang ada sikap toksik untuk kita. Selalu juga sokong kawan-kawan lain untuk berubah ke arah lebih sihat.
Boleh share rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Seminggu tiga kali saya akan berlatih di Warriors FitCamp yang bertempat di Ulu Klang. Ia merupakan satu-satunya program asal saya gemuk dahulu sehingga kini. Sya juga lakukan latihan bebanan di gym. Dari segi pemakanan pula saya juga sudah berubah dengan mengurangkan makanan manis, bergula dan bergoreng.Paling penting bila saya off diet, saya akan kawal pengambilan pemakanan.
Terima kasih buat saudara Ahmadsaufi yang sudi berkongsi dan ditemubual oleh MASKULIN untuk perkongsian menarik ini. Semoga kisah penurunan berat badan ini mampu memberikan motivasi untuk anda yang ingin melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.