Apa yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar ada orang sanggup berbasikal dari Kota Kemuning ke Port Dickson dan kemudiannya berpatah balik semula ke Kota Kemuning dalam masa sehari?

Kedengaran agak luar biasa namun, itulah yang dilakukan oleh kira-kira 900 geng basikal yang datang dari dalam dan luar negara yang ingin menikmati kayuhan basikal bersama rakan masing-masing.

Tayar golek selepas solat subuh

kayuhan dari Kota kemuning ke Port Dickson ini bermula pada waktu pagi. Lebih tepat lagi selepas subuh dan sewaktu team Maskulin tiba di sana, kami berkesempatan untuk bertanya sedikit sebanyak daripada pihak penganjur mengenai program yang diadakan.

Dari Kota Kemuning Ke Port Dickson, Geng Basikal Redah 200KM!
Peserta memulakan kayuhan seawal jam 5 pagi.

Menurut Ray Lees, penganjur BRM200 Audax Randonneurs Malaysia 2019 : Pink Ride 2.0, acara kayuhan ini adalah untuk menggalakkan lagi pengayuh-pengayuh wanita untuk terlibat dalam aktiviti kayuhan basikal jarak jauh, yang selama ini dipelopori oleh lelaki.

“Acara seperti ini adalah untuk membakar semangat dan menjadi permulaan yang baik untuk pengayuh wanita melibatkan diri dalam setiap acara kayuhan yang di anjurkan oleh Audex Randonnuers Malaysia.”

IKLAN

Selain daripada pengayuh lelaki, pengayuh perempuan pun ada

Selain itu, Pink Ride 2.0 juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengayuh lelaki bahawa pengayuh wanita turut terlibat dalam kayuhan beratus kilometer seperti mereka dan ini memberikan pengalaman baru kepada pengayuh lain yang selama ini tidak pernah terlibat bersama pengayuh wanita untuk kayuhan jarak jauh.

 

IKLAN
Dari Kota Kemuning Ke Port Dickson, Geng Basikal Redah 200KM!
Selain pengayuh lelaki, penayuh wanita turut serta dalam kayuhan 200KM Pink Ride 2.0.

Dari Kota Kemuning Ke Port Dickson, Geng Basikal Redah 200KM!

Berkayuh di bawah matahari terik mencabar mental dan fizikal. 200KM bukan jarak yang dekat oi.Pengasasnya Audex Randonnuers Malaysia, Sam Tow berkata, aktiviti berbasikal jarak jauh yang dianjurkan mereka seperti ini sebenarnya sudah memasuki tahun ketiga.

Program yang diadaptasi daripada sukan antarabangsa anjuran Perancis ini amat sesuai dianjurkan di Malaysia kerana negara ini memiliki ramai peminat sukan berbasikal tidak kira jenis apa basikal yang dimiliki.

IKLAN

Berbasikal beri kepuasan dalam diri

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Rizwan Ahmad Soofi, 36, yang sudah menyertai sukan berbasikal sejak tahun 2016 mengakui sukan ini mampu memberi kepuasan kepada dirinya.

Secara peribadi juga, Ahmad Rizwan sudah menyertai lebih 70 program berbasikal dalam tempoh tiga tahun ini.

Katanya yang sentiasa menjalani rutin latihan setiap minggu, tak rugi untuk bermain basikal kerana melalui aktiviti ini, seseorang itu dapat meningkatkan staminanya selain memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Pelepasan dari Kota Kemuning ke Port Dickson bermula seawal jam 5 pagi dan tiba semula di Kota Kemuning pada sebelah petang. Syabas semua pengayuh! Anda memang hebat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI